19 March 2013

Awas Dengan Penipuan!

Untuk makluman semua agen, pihak syarikat tidak pernah sama sekali menghantar sebarang SMS menyatakan bahawa agen akan diberikan modal secara percuma apabila menambah nombor HP baru ataupun menambah YM baru. Teknik penipuan terkini yang berjaya dikesan:-

PENIPU menghantar SMS kepada agen dengan menyuruh agen menambah no HP baru atau YM baru (yang diberi oleh penipu) dalam akaun topup. Jika agen melakukannya, ianya akan membolehkan si PENIPU menggunakan akaun agen tersebut untuk membuat transaksi.

Anda diminta berhati-hati dengan sebarang SMS yang anda terima kononnya ia daripada syarikat. Jika SMS tersebut bukan dari no server dan meragukan, abaikan saja. Atau anda boleh terus menghubungi careline di talian 09-9551940 atau 013-9009134 untuk pengesahan.

No comments:

Post a Comment