PERHATIAN!
Blog ini hanya sebagai panduan agen rangkaian ReloadBiz.net sahaja.
Jika anda masih baru, sila KLIK DI SINI
.



- Cambest je promosi kat atas ni kan? -

14 November 2014

Nombor Selain Celcom, Maxis & DiGi Tidak Boleh Didaftarkan

Pihak syarikat telah memaklumkan kepada admin bahawa nombor selain Celcom, Maxis dan DiGi tidak boleh didaftarkan ke dalam sistem buat masa ini. Hal ini kerana, server belum mempunyai nombor selain daripada tiga telco tersebut. Oleh itu, jika ada yang ingin mendaftar sebagai agen dengan anda, pastikan nombor yang hendak didaftarkan adalah nombor Celcom, Maxis ataupun DiGi. Selain itu, katakan tidak boleh.

Solusi yang admin dapat terhadap situasi ini ialah daftarkan nombor suami/isteri, anak atau adik-beradik yang menggunakan nombor Celcom, Maxis atau DiGi, kemudian daftarkan YM (jika tiada YM, bolehlah buat terlebih dahulu) ke dalam database. Dengan cara ini, boleh jual topup atau lain-lain transaksi menggunakan handphone yang bukan guna nombor Celcom, Maxis atau DiGi asalkan boleh YM. Guna komputer atau tab pun boleh jual topup!

Bagaimana nak tambah YM? Hubungi careline di talian 09-9551940 atau 013-9009134 (9.00am – 7.00pm) menggunakan nombor yang telah didaftarkan dan nyatakan yang anda ingin mendaftarkan YM anda.

09 November 2014

Topup ALTEL, MERCHANTRADE & ASTRO NJOI

Kini syarikat telah menambah produk tambah nilai (topup) Altel, Merchantrade dan juga Astro NJOI ke dalam sistem. Oleh itu, agen sudah boleh menjual kesemua produk tersebut. Kod produk adalah seperti berikut:-



ALTEL

RM5 - A5 | RM10 – A10 | RM30 - A30



MERCHANTRADE

RM5 – MT5 | RM10 – MT10 | RM30 - MT30



ASTRO NJOI

RM5 – N5 | RM10 – N10 | RM20 – N20

Dan untuk makluman, kesemua tambah nilai menggunakan kod di atas akan diberikan nombor pin. Ini bermakna, agen perlu memberi nombor pin tersebut kepada pelanggan. Margin untung adalah mengikut pakej yang anda daftar.