PERHATIAN!
Blog ini hanya sebagai panduan agen rangkaian ReloadBiz.net sahaja.
Jika anda masih baru, sila KLIK DI SINI
.



- Cambest je promosi kat atas ni kan? -

28 February 2013

Keuntungan Jualan Topup Mengikut Pangkat

Berikut adalah peratus keuntungan jualan setiap produk topup mengikut pangkat (pakej semasa mendaftar). Semakin tinggi pangkat, sudah tentu semakin besar juga peratus keuntungannya.



Pihak syarikat berhak meminda harga diskaun (peratus keuntungan) ini tanpa sebarang notis. Pertanyaan lanjut berhubung peratus keuntungan, bolehlah menghubungi careline 09-9551940.

27 February 2013

Mukadimah Panduan ReloadBiz

Assalamu'alaikum & salam sejahtera semua. Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat walafiat untuk menempuh hari-hari yang semakin mencabar ini. InshaAllah~ Kerana blog ini baru sahaja dibina dan admin masih tidak tahu nak kongsikan apa terlebih dahulu, ada baiknya admin tuliskan sedikit apa tujuan blog Panduan ReloadBiz ini dibangunkan agar anda tahu apa yang bakal anda perolehi di blog ini kelak.

Baiklah! Blog ini saya bangunkan untuk dijadikan sebagai sumber rujukan kepada agen yang berdaftar dengan ReloadBiz.net secara khususnya atau rangkaian agen (yang mendaftar dengan downline RB.net) secara amnya. Hal ini kerana, saya yakin mereka yang menyertai perniagaan ini sentiasa mahukan tips dan panduan bagaimana untuk berjaya apatah lagi jika mereka masih baru dan mentah. Banyak perkara yang perlu dipelajari dan ditimba. Bagi yang sudah lama, mungkin tiada masalah. Orang kata - sudah boleh berdiri di atas kaki sendiri.

Secara ringkasnya, blog ini adalah sebagai medium untuk semua agen mendapatkan idea, tips dan panduan dari semasa ke semasa. Tapi bukan itu sahaja, blog ini juga akan turut dijadikan sebagai tempat untuk menyampaikan berita serta informasi yang datangnya dari pihak peneraju server. Malah berita-berita yang berkaitan dengan dunia telekomunikasi juga akan turut dimuatkan di sini agar ianya lebih informatif.

Selain dinyatakan - semua idea, tips dan panduan yang ada di blog ini adalah datangnya daripada admin, Mohd. Azizwan Bin Rusli yang telah lama berkecimpung dalam perniagaan menjual prepaid topup secara SMS dengan sistem ala MLM ini. Jika berkesempatan, admin mungkin akan ceritakan sejarah penglibatan admin dalam perniagaan ini dari admin bermula, bertukar dari satu syarikat ke satu syarikat sehinggalah admin kekal bersama dengan yang satu ini. Harap akan kekal selamanya, bukan setakat admin tapi anda juga. InshaAllah.

Akhir kata, semoga dengan kewujudan blog ini akan dapat memberi manfaat kepada semua agen dalam rangkaian ReloadBiz.net untuk terus berjaya menjana pendapatan. Jika perlukan tips atau idea, layari saja blog ini. Tidak perlu bazirkan duit membeli buku-buku panduan bagaimana untuk berjaya dalam perniagaan seperti ini. Tapi jika mampu tiada masalah, digalakkan. Salam maju jaya dan semoga anda terus sukses.