PERHATIAN!
Blog ini hanya sebagai panduan agen rangkaian ReloadBiz.net sahaja.
Jika anda masih baru, sila KLIK DI SINI
.



- Cambest je promosi kat atas ni kan? -

31 August 2013

Hotlink Hot Ticket Edisi Sosial RM10 Ada Dijual



Bagi menambah lagi potensi pendapatan para agen, pihak syarikat telah menambah satu lagi produk yang boleh dijual kepada pengguna telefon bimbit diluar sana iaitu Hot Ticket Edisi Sosial (khas buat pengguna Hotlink). Kod untuk Hot Tiket Edisi Sosial ialah HTN10 dan harga yang ditetapkan kepada agen untuk semua level ialah RM9.70.

Format SMS: HTN10<jarak>no.HP

Penting! Nombor pin Hot Ticket Edisi Sosial akan dihantar ke nombor telefon agen (anda), bukan ke nombor telefon pelanggan. Oleh itu anda perlu memberi nombor pin tersebut kepada pelanggan anda dan mereka akan topup secara manual. Jika tidak tahu macam mana nak topup, berikut adalah format untuk topup Hot Ticket Edisi Sosial:-

*105*no pin# dan tekan CALL

12 August 2013

Peratus Keuntungan Terkini (Ogos 2013)

Pihak syarikat telah mengemaskini peratus keuntungan bagi setiap jenis topup mengikut pakej (pangkat). Sedihnya, berlaku sedikit penurunan untuk pakej Manager dan Assistant Manager.

Walaupun berlaku penurunan, admin berharap perkara ini tidak melunturkan apatah lagi mematahkan semangat kita untuk kekal aktif menjual topup dan mencari rakan niaga baru.

Berikut adalah peratus keuntungan baru tersebut:-

07 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Admin ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua agen dan rakan niaga ReloadBiz yang beragama Islam. Admin turut menyusun sepuluh jari memohon maaf andai sepanjang kita bersama menjalankan perniagaan topup ini admin ada tersilap kata, terkasar bahasa dan juga sebarang kesilapan samada secara sedar ataupun tidak.

Kepada yang balik kampung tu, admin doakan semoga selamat sampai dan selamat kembali. Dan jangan lupa, bagi tahu kat sanak-saudara yang anda ada jual prepaid topup, mana la tahu kan kredit habis sebab banyak sangat hantar SMS ucapan Hari Raya. Sambil tu, bolehlah cuba ajak mereka untuk turut sama menjalankan perniagaan ini. Siapa tahu mereka berminat?

Sekian,

Admin ReloadBiz.Net
SMS Hotline: 0135534242

05 August 2013

Tambah Modal Ditutup (8 - 10 Ogos 2013)

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, pihak syarikat menutup transaksi tambah modal. Seperti diberitahu, tambah modal akan mula ditutup pada 7 Ogos 2013 mulai jam 4.30 petang dan akan dibuka semula seperti biasa pada 11 Ogos 2013.

Oleh itu, bagi mengelak kekurangan modal di waktu perayaan ini, anda disarankan untuk menambah modal secukupnya sebelum 4.30 petang pada 7 Ogos 2013 (Rabu). Penjualan topup berjalan seperti biasa, hanya tambah modal ditutup.

Rujuk cara tambah modal DI SINI.