01 March 2013

Bagaimana Keuntungan Jualan Topup Dikira?

Keuntungan jualan topup adalah bergantung kepada pakej (pangkat) semasa anda mendaftar dengan upline anda dan juga peratus keuntungan semasa setiap jenis topup yang ditawarkan syarikat. Untuk senarai penuh peratus keuntungan, anda boleh lihat jadual di sini.

Anda sedia maklum, peratus keuntungan tertinggi yang syarikat tawarkan ialah 5.25% untuk Celcom, 3.50% untuk Maxis, 2.40% untuk DiGi dan 4.75% untuk uMobile (masing-masing bagi nilai RM10 keatas). Walau bagaimanapun, set kat minda yang peratus keuntungan ini tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah tanpa notis daripada pihak syarikat. Pertanyaan mengenai peratus keuntungan, boleh hubungi helpline syarikat di talian 09-9551940 (9am-9pm).

Baiklah, berikut ditunjukkan bagaimana keuntungan jualan topup dikira:-

Andaikata anda mendaftar pakej paling tinggi iaitu General Manager (GM) dan anda menjual 1 topup Celcom bernilai RM10. Dengan pangkat anda sebagai GM, peratus keuntungan yang ditawarkan kepada anda ialah 5.25%. Ini bermakna, keuntungan anda daripada jualan topup Celcom RM10 itu ialah 0.525sen. Jika anda berjaya jual 10 topup Celcom yang masing-masing bernilai RM10, maka keuntungan anda ialah RM5.25. Mudah saja pengiraannya bukan?

Sedikit tips: Jika ada bakal downline anda berkata sebegini "Jual 10 topup Celcom RM10 untung RM5.25 saja? Nak beli rokok pun tak lepas!" anda tenang sahaja kerana itu perkara biasa. Maklumlah, nama pun bisnes, orang mahu untung banyak saja. Anda beritahu mereka elok-elok yang itu baru keuntungan dari jualan sendiri sahaja, belum dicampur dengan keuntungan dari pendaftaran agen dan jualan downline. Yang ni akan ditunjukkan kemudian. *Update: klik sini

No comments:

Post a Comment