23 March 2013

Cadangan Yuran Pendaftaran Agen

Kerana pihak syarikat memberi hak kepada agen untuk menetapkan sendiri yuran pendaftaran agen baru, ramai downline yang bertanya kepada admin mengenai berapa RM yuran pendaftaran yang patut mereka tetapkan. Sebenarnya mudah sahaja dan admin secara peribadi berpendapat bahawa setiap agen ada jawapannya sendiri, termasuklah anda.

Tapi disebabkan ramai agen (downline admin) yang meminta pendapat dan cadangan mengenai situasi ini, admin dengan pengalaman yang ada memberikan idea kepada anda bagaimana untuk menetapkan bayaran pendaftaran agen.


Nota: Password diperlukan untuk membaca keseluruhan artikel ini

20 March 2013

Nombor Telefon Penipu Yang Berjaya Dikesan

Ini dua nombor telefon yang dikenal-pasti cuba untuk melakukan penipuan terhadap agen dimana si penipu menghantar SMS mahu membeli topup dan meminta agen topupkan dahulu baru bayaran dibuat. Kedua - si penipu menghantar SMS menggunakan nama Benzmobile (penama akaun tambah modal) meminta agen memberikan nombor ID.

Nombor telefon tersebut ialah:

+60199988254

+60199960761

SMS yang dikirimkan:-





Oleh itu, jika anda ada menerima SMS daripada dua nombor di atas atau dari mana-mana nombor selain nombor server (gateway), sila abaikan. Atau jika anda prihatin, emelkan kepada admin kandungan SMS dan no telefon yang meragukan itu untuk dipaparkan di blog ini. Biar semua agen dalam rangkaian kita tahu dan tidak tertipu.

Emel: aziezwan@yahoo.com

19 March 2013

Awas Dengan Penipuan!

Untuk makluman semua agen, pihak syarikat tidak pernah sama sekali menghantar sebarang SMS menyatakan bahawa agen akan diberikan modal secara percuma apabila menambah nombor HP baru ataupun menambah YM baru. Teknik penipuan terkini yang berjaya dikesan:-

PENIPU menghantar SMS kepada agen dengan menyuruh agen menambah no HP baru atau YM baru (yang diberi oleh penipu) dalam akaun topup. Jika agen melakukannya, ianya akan membolehkan si PENIPU menggunakan akaun agen tersebut untuk membuat transaksi.

Anda diminta berhati-hati dengan sebarang SMS yang anda terima kononnya ia daripada syarikat. Jika SMS tersebut bukan dari no server dan meragukan, abaikan saja. Atau anda boleh terus menghubungi careline di talian 09-9551940 atau 013-9009134 untuk pengesahan.

18 March 2013

Bagaimana & Bila Komisen Jualan Topup Dibayar?

Straight to the point – Cara pembayaran komisen syarikat AA Mobile Topup adalah berbeza dengan kebanyakkan syarikat yang menjalankan konsep perniagaan yang sama. Jika syarikat lain membayar komisen (atau disebut juga sebagai bonus) pada satu tarikh yang ditetapkan setiap bulan, AA Mobile Topup pula membayar secara automatik.

Maksud membayar secara automatik di sini ialah syarikat akan terus memberi komisen (atau lebih tepat - diskaun) setiap pembelian topup. Misalnya anda berpangkat General Manager dan anda membeli topup Celcom RM10, syarikat hanya akan tolak RM9.475 (harga Celcom RM10 bagi General Manager) dari akaun anda. Jadi, RM0.525 dah masuk ke akaun anda.

Dengan AA Mobile Topup, keuntungan anda adalah realtime. Tidak perlu menunggu dari satu bulan ke satu bulan untuk menerima pembayaran keuntungan sekaligus membolehkan anda rolling modal dengan lebih cepat. Itulah keunikan di AA Mobile Topup berbanding syarikat lain yang kadang-kadang anda sendiri keliru dengan bonus yang diberi.

11 March 2013

Cara Daftarkan Agen (Downline)

Sebagai agen yang telah berdaftar, anda boleh mendaftarkan agen baru sebagai downline. Setiap pendaftaran agen baru yang anda buat, RM10 akan ditolak dari akaun anda. Oleh itu, pastikan akaun anda mempunyai baki yang cukup untuk mendaftarkan agen baru. Jika tidak, segera tambah modal ke akaun syarikat. Rujuk cara tambah modal di sini.

Tapi harus diingat, walaupun anda boleh mendaftarkan agen baru sebagai downline anda namun anda tidak boleh mendaftarkan mereka pada pakej atau pangkat yang lebih tinggi atau sama dengan anda. Misalnya anda mendaftar pakej Manager, jadi anda hanya boleh daftarkan agen baru pada pakej Assistant Manager (AM) dan ke bawah sahaja.

Baiklah, mari bermula:-

1. Dapatkan bayaran dari agen baru (downline) berdasarkan pakej yang mereka pilih dan yuran pendaftaran yang anda tetapkan. Ingat! Yuran bukan dibayar kepada syarikat tapi ianya kepunyaan anda.

2. Setelah bayaran diterima, dapatkan maklumat wajib downline iaitu nama, bandar atau negeri tempat tinggal dan nombor HP yang ingin didaftarkan. Lain2 maklumat, terpulang kepada anda nak minta atau tidak.

3. Bayaran dan maklumat downline sudah diterima, anda sudah boleh daftarkan mereka berdasarkan pakej yang dipilih. Misalnya nama Ahmad Albab, tinggal di Kajang dan no HP 0161234567, pilih pakej Master (M).

Format SMS:

Daftar*nama*alamat*no hp*kod level*pin 4-digit anda

Contoh:

Daftar*Ahmad Albab*Kajang*0161234567*M*1234

4. Yakin butiran SMS adalah betul terutamanya no HP, bolehlah hantar ke nombor server pilihan anda. Tunggu beberapa minit, anda akan menerima SMS pengesahan daripada server menyatakan pendaftaran berjaya.

Selesai~

Sedikit tips – Setelah pendaftaran disahkan berjaya, hantar satu SMS semangat kepada downline anda untuk memotivasikan mereka supaya menjalankan perniagaan ini sehabis baik. Dengan cara ini, downline anda secara tidak langsung akan termotivasi atau paling tidak pun, mereka tidak menyesal menyertai perniagaan ini sebagai downline anda.

08 March 2013

Tambah Modal

Agen perlu mempunyai modal yang cukup untuk membuat pembelian topup melalui server. Jika tidak cukup atau sudah kehabisan, perlulah menambahnya dengan memasukkan duit ke salah satu akaun syarikat yang mana mudah bagi anda. Berikut adalah cara untuk menambah modal.

Langkah 1

Hantar SMS minta nombor pin ke server terlebih dahulu sebelum anda memasukkan duit ke akaun syarikat kerana nombor pin tersebut akan digunakan di dalam SMS pengesahan tambah modal.

Format: PIN.jumlah(tambah 000).pin 4-digit anda

Misalnya anda nak tambah modal sebanyak RM200 dan pin 4 digit anda ialah 1234, maka anda taip SMS seperti berikut:

PIN.200000.1234

*Tidak perlu taip RM tapi perlu tambah 000

Hantar ke server dan tunggu SMS reply.

Langkah 2

Setelah dapat SMS reply daripada server yang mengandungi nombor pin unik yang anda minta tadi, barulah anda masukkan duit ke salah satu akaun syarikat. Pastikan anda memasukkan duit dalam tempoh 30 minit selepas menerima nombor pin. Berikut adalah akaun syarikat:


Nombor akaun: 553056010247
Atas nama: BenzMobile


Nombor akaun: 03040010033055
Atas nama: BenzMobile


Nombor akaun: 03054020425937
Atas nama: Adam Hadzriq Rozlan

Sesudah anda memasukkan duit ke salah satu akaun di atas, simpan slip (sebagai rujukan) dan segera hantar SMS pengesahan ke server bagi memaklumkan yang anda telah memasukkan duit ke akaun syarikat.

Format SMS:

DEP.no pin yang diberi.nama bank.jumlah,tarikh,masa

Misalnya nombor pin yang anda terima dari server ialah 200,123 dan anda memasukkan duit ke akaun Maybank syarikat pada 01 Mac 2013 jam 10.30 pagi, maka SMS seperti berikut:

DEP.200,123.Maybank.RM200,1/3/2013,10:30am

Hantar ke server dan tunggu SMS update. Jika modal telah dimasukkan ke akaun anda, pihak syarikat akan memaklumkannya melalui 1 SMS daripada server dengan menyatakan baki terkini modal anda.

Jika ada masalah tambah modal atau modal tak masuk-masuk walaupun setelah 24 jam menunggu, hubungi careline di talian 09-9551940 atau 013-9009134 untuk bantuan segera.

06 March 2013

Web Report Agen

Web report agen adalah website dimana agen boleh membuat semakan transaksi, rekod jualan, downline tree dan sebagainya. Untuk login, agen perlu berikan nombor ID, no HP yang telah didaftarkan dan juga no PIN. Interface web report agen adalah seperti berikut:



Link: http://webreporting.dyndns.org/

Cadangan daripada admin - kerana hanya no ID, no HP dan no PIN yang diperlukan untuk login web report agen ini, saya cadangkan anda tukar no PIN anda daripada default (1234) ke nombor baru yang anda rasakan selamat & mudah diingat. Rujuk format SMS tukar PIN.

05 March 2013

Format SMS Untuk Semua Urusan

Berikut adalah format SMS untuk melakukan transaksi. Pastikan format yang anda hantar ke server adalah betul, jika tidak server akan membalas SMS anda dengan menyatakan format SMS tidak diketahui.

Jika format SMS yang anda hantarkan sama seperti yang ditunjukkan di sini namun masih dikatakan format SMS tidak diketahui, segera hubungi careline untuk tindakan susulan.

Oh ya, nombor server (gateway) yang ditunjukkan adalah sebagai cadangan daripada saya sahaja. Anda sebenarnya boleh menghantar SMS transaksi ke mana-mana nombor server yang anda mahu.

BELI TOPUP CELCOM (AUTORELOAD)

Contoh:
Ingin topup Celcom sebanyak RM10 ke nombor 0191234567


Taip:
C10 <jarak> 0191234567

Hantar ke server:-

Celcom: 013-9059681
Maxis: 014-2182851
Digi: 016-9615945


BELI TOPUP MAXIS (AUTORELOAD)

Contoh:
Ingin topup Maxis sebanyak RM10 ke nombor 0121234567


Taip:
M10 <jarak> 0121234567

Hantar ke server:-

Celcom: 013-9059681
Maxis: 014-2182851
Digi: 016-9615945


BELI TOPUP DIGI (AUTORELOAD)

Contoh:
Ingin topup DiGi sebanyak RM5 ke nombor 0161234567


Taip:
D5 <jarak> 0161234567

Hantar ke server:-

Celcom: 013-9059681
Maxis: 014-2182851
Digi: 016-9615945


BELI TOPUP DIGI (PIN)

Contoh:
Ingin beli topup DiGi (pin) RM10 dan nombor hp pelanggan ialah 0161234567


Taip:
DP10 <jarak> 0161234567

Hantar ke server:-

Penting! Pin Digi akan dihantar ke nombor agen, bukan ke nombor pelanggan. Agen perlu memberi pin Digi tersebut kepada pelanggan


DAFTARKAN DOWNLINE

Contoh:
Anda mendaftar Ahmad sebagai Dealer di bawah anda. Ahmad tinggal di Kajang dan nombor hp nya 019-1234567.


Format SMS:
Daftar*nama*alamat*no hp*kod level*1234

Hantar ke server:-

Celcom: 013-9059681
Maxis: 014-2182851
Digi: 016-9615945


REQUEST NO PIN UNTUK TAMBAH MODAL

Sebelum tambah modal, anda perlu request no pin dari server terlebih dahulu. Cara request, taip:

PIN.Jumlah (tambah 000).1234


Misalnya mahu tambah RM200, taip:

PIN.200000.1234

Hantar ke server:-

Setelah dapat no pin, barulah masukkan duit ke akaun syarikat dan hantar pengesahan ke nombor server. Rujuk format SMS: TAMBAH MODAL.


TAMBAH MODAL

Format SMS:

DEP.no pin.nama bank.tarikh.masa.jumlah.1234


Hantar ke server:-

Celcom: 013-9059681
Maxis: 014-2182851
Digi: 016-9615945

Misalnya anda bank-in duit sebanyak RM200 ke akaun CIMB bank syarikat pada 30/12/2012 jam 11.30am, maka SMS adalah seperti yang ditunjukkan.


TRANSFER MODAL KEPADA AGEN LAIN (DOWNLINE)

Contoh:
Anda ingin transfer modal sebanyak RM50 kepada ID downline n8080


Taip: TRANS.n8080.50000.1234

*Tidak perlu letak RM di hadapan jumlah tapi perlu tambah 000 dibelakang jumlah

Hantar ke server:-

Celcom: 013-9059681
Maxis: 014-2182851
Digi: 016-9615945


SEMAK BAKI

Untuk semak baki, hanya taip BAKI


Hantar ke server:-

Celcom: 013-9059681
Maxis: 014-2182851
Digi: 016-9615945

NOTA: 1sen akan ditolak dari akaun anda


DAFTAR YM

Format SMS: TYM.Yahoo ID.1234


Sebagai contoh, Yahoo ID anda ialah JOZAN maka format SMS adalah seperti yang ditunjukkan. Tidak perlu taip @yahoo.com pada Yahoo ID.

Hantar ke server:-

Celcom: 013-9059681
Maxis: 014-2182851
Digi: 016-9615945


HAPUSKAN YM

Format SMS: HYM.Yahoo ID.1234


Sebagai contoh, Yahoo ID anda ialah JOZAN maka format SMS adalah seperti yang ditunjukkan. Tidak perlu taip @yahoo.com pada Yahoo ID.

Hantar ke server:-

Celcom: 013-9059681
Maxis: 014-2182851
Digi: 016-9615945


TUKAR PIN

Setiap agen baru yang didaftarkan akan diberi PIN bernombor 1234. Untuk mengelak perkara yang tidak diingini, agen boleh tukar no PIN tersebut.


Format SMS: GP.(no pin asal).(no pin baru)

Hantar ke server:-

Contoh: No pin asal ialah 1234 dan anda ingin menukarnya kepada 5678, maka format SMS adalah seperti yang ditunjukkan.


Lain-lain format SMS, boleh rujuk di sini.

04 March 2013

Senarai Produk Topup & Cara Membuat Pembelian

Syarikat menyediakan produk topup untuk semua telco yang beroperasi di Malaysia iaitu Celcom, Maxis, DiGi dan uMobile. Malah syarikat juga turut menyediakan produk topup iTalk. Di bawah ini admin senaraikan kod produk berserta cara untuk membuat pesanan melalui SMS.


_Celcom_

Kod produk: C (Autoreload RM5 sehingga RM100)

Format SMS: C[nilai topup] <jarak> no.HP nak topup

Contoh: Nak topup RM5 ke 0191234567

Cara SMS: C5 0191234567

Hantar ke server pilihan anda.


_Maxis_ | _Hotlink_

Kod produk: M (Autoreload RM3 sehingga RM100)

Format SMS: M[nilai topup] <jarak> no.HP nak topup

Contoh: Nak topup RM3 ke 0121234567

Cara SMS: M3 0191234567

Hantar ke server pilihan anda.


_DiGi_

Kod produk: D (Autoreload RM5 sahaja) | DP (Pin RM5, RM10 & RM30)

Format SMS: D5 atau DP[nilai topup] <jarak> no.HP nak topup

Contoh: Nak topup RM5 ke 0161234567

Cara SMS: D5 0161234567

Hantar ke server pilihan anda.

Perhatian! Untuk DiGi pin, server hanya akan hantar No pin topup kepada agen, tidak kepada pelanggan walaupun agen telah memberikan no HP pelanggan pada format SMS. Agen perlu berikan no pin kepada pelanggan. Atau jika agen menggunakan atau mempunyai no DiGi, boleh guna option *128# untuk topupkan ke nombor pelanggan. Lebih selamat kerana dapat mengelak penipuan dari pelanggan yang mengatakan topup tak valid padahal sudah selamat digunakan.


_uMobile_

Kod produk: U (Autoreload RM5, RM10, RM20, RM30 dan RM50)

Format SMS: U[nilai topup] <jarak> no.HP nak topup

Contoh: Nak topup RM5 ke 0181234567

Cara SMS: U5 0181234567

Hantar ke server pilihan anda.

03 March 2013

Syarikat

Syarikat yang admin sertai (dan pastinya anda semua yang berdaftar dengan saya juga) ialah A&A Mobile yang diterajui oleh ZM Easy Mobile (KT0230033-M) yang beralamat di D126, Jalan Ismail Petra, 17500 Tanah Merah, Kelantan.

Syarikat memiliki server topup tercanggih di Malaysia yang menjalankan sistem fleksi autoreload yang beroperasi 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Dengan sistem yang fleksibel, mudah dan cepat, ianya membolehkan sesiapa sahaja menjual topup di mana-mana sahaja pada bila-bila masa tanpa mengira waktu asalkan telah mendaftar sebagai agen dan nombor telefon telah disimpan di dalam database.

Perniagaan yang ditawarkan syarikat adalah berkonsepkan MLM dimana setiap agen boleh mencari downline sendiri dan turut mendapat komisen dari setiap jualan downlinenya selain keuntungan dari jualan yang dilakukan oleh agen sendiri.

AA MOBILE TOPUP
Talian careline: 09-9551940 atau 013-9009134 (9am – 9pm)
Fax: 09-9558536
Email: careline_zm@yahoo.com
Website: aamobiletopup.blogspot.com

02 March 2013

Bagaimana Pendapatan Melalui Jualan Downline Dikira?

Kerana perniagaan ini berkonsepkan MLM, maka secara automatiknya akan ada keuntungan dari jualan downline. Dan dengan syarikat yang admin sertai dan perkenalkan kepada anda ini, anda bukan sahaja mendapat keuntungan dari jualan downline yang anda taja malah anda juga akan turut menerima keuntungan dari jualan downline kepada downline anda (overriding bonus). Itulah keunikan plan pemasaran syarikat ini.

Baiklah, berikut contoh pengiraan pendapatan:

Anda mendaftar pada level MANAGER dan telah mendaftarkan rakan anda menjadi AGENT di bawah anda (direct downline). Contohnya AGENT anda tadi menjual Celcom RM10 (C10). Harga C10 untuk MANAGER ialah RM9.50 dan harga C10 untuk AGENT ialah RM9.60. Ada perbezaan sebanyak 10sen disitu. Maka perbezaan harga 10sen itulah keuntungan yang anda perolehi dari jualan downline dan akan dimasukkan ke dalam akaun anda secara automatik.

Kerana anda bukan sahaja mendapat keuntungan dari jualan direct downline, saya tunjukkan sedikit bagaimana anda turut mendapat keuntungan dari jualan downline kepada downline anda. Sekiranya AGENT tadi mendaftarkan FIRST RETAIL dibawahnya dan first retail itu menjual C10, secara automatik anda akan mendapat komisen 10sen dan AGENT anda tadi mendapat 5sen. Inilah keunikan wujudnya perbezaan pakej pendaftaran yang diperkenalkan.

Jika dilihat melalui 1 jualan sahaja, tidak dinafikan komisen tersebut nampak sedikit. Setakat 10sen, nak beli gula-gula pun tak dapat. Tapi anda harus ingat, ini adalah perniagaan berkonsepkan MLM - maka secara ironinya, anda perlu mempunyai downline yang ramai untuk mendapat komisyen yang banyak. Semakin banyak downline anda, semakin banyak juga komisen yang akan anda perolehi kerana setiap jualan mereka, anda dapat komisen.


Untuk gambaran yang lebih jelas, lihat contoh pengiraan di bawah:-



Andaikan anda mempunyai 5 AGENT dan setiap agent anda mempunyai 5 FIRST RETAIL. Mereka menjual C10 sebanyak 10 kali dalam sehari. Maka keuntungan yang akan anda perolehi adalah seperti berikut:


Komisen anda dapat dari AGENT (sehari):

✓ 10sen komisen X 10 kali jualan sehari = RM1 komisen
✓ RM1 komisen X 5 AGENT = RM5 sehari


Komisen anda dapat dari FIRST RETAIL agen anda:

✓ 10sen komisen X 10 kali jualan sehari = RM1 komisen
✓ RM1 komisen X 25 FIRST RETAIL = RM25 sehari


Total komisen sehari: RM5 + RM25 = RM30

Total pendapatan sebulan: RM30 X 30 hari = RM900


RM900 sebulan, siapa nak bagi? Dan itu baru keuntungan dari jualan downline sahaja. Belum termasuk dengan jumlah pendapatan yang bakal anda perolehi semasa mendaftar downline yang harganya anda sendiri tetapkan. Tentu saja pendapatan akan berganda lagi. Apa yang penting, usaha biar berterusan dan bersungguh-sungguh.

01 March 2013

Bagaimana Keuntungan Jualan Topup Dikira?

Keuntungan jualan topup adalah bergantung kepada pakej (pangkat) semasa anda mendaftar dengan upline anda dan juga peratus keuntungan semasa setiap jenis topup yang ditawarkan syarikat. Untuk senarai penuh peratus keuntungan, anda boleh lihat jadual di sini.

Anda sedia maklum, peratus keuntungan tertinggi yang syarikat tawarkan ialah 5.25% untuk Celcom, 3.50% untuk Maxis, 2.40% untuk DiGi dan 4.75% untuk uMobile (masing-masing bagi nilai RM10 keatas). Walau bagaimanapun, set kat minda yang peratus keuntungan ini tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah tanpa notis daripada pihak syarikat. Pertanyaan mengenai peratus keuntungan, boleh hubungi helpline syarikat di talian 09-9551940 (9am-9pm).

Baiklah, berikut ditunjukkan bagaimana keuntungan jualan topup dikira:-

Andaikata anda mendaftar pakej paling tinggi iaitu General Manager (GM) dan anda menjual 1 topup Celcom bernilai RM10. Dengan pangkat anda sebagai GM, peratus keuntungan yang ditawarkan kepada anda ialah 5.25%. Ini bermakna, keuntungan anda daripada jualan topup Celcom RM10 itu ialah 0.525sen. Jika anda berjaya jual 10 topup Celcom yang masing-masing bernilai RM10, maka keuntungan anda ialah RM5.25. Mudah saja pengiraannya bukan?

Sedikit tips: Jika ada bakal downline anda berkata sebegini "Jual 10 topup Celcom RM10 untung RM5.25 saja? Nak beli rokok pun tak lepas!" anda tenang sahaja kerana itu perkara biasa. Maklumlah, nama pun bisnes, orang mahu untung banyak saja. Anda beritahu mereka elok-elok yang itu baru keuntungan dari jualan sendiri sahaja, belum dicampur dengan keuntungan dari pendaftaran agen dan jualan downline. Yang ni akan ditunjukkan kemudian. *Update: klik sini